Kelas Nadi Mahir Masak (Minggu 15)

1 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Oktober 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus nadi mahir masak pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan Popia Big Mac. Cikgu menerangkan bahan-bahan yang akan digunakan seperti daging kisar, bawang holland potong dadu, bawang putih cincang halus, lada hitam kisar dan garam halus. Seterusnya bahan-bahan menyediakan sos iaitu sos keju, sos cili &tomato, mayonis dan timun jeruk. Cikgu mengajar cara mengulungkan popia dengan betul. Setelah siap mengulung boleh digoreng sehingga keperangan dan dimakan bersama sos yang kita sediakan tadi.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali